Makluman kepulangan TYDP ke Malaysia dan perkembangan kesihatannya terkini

KAHERAH, 18 Januari 2012- Saudara Azwan bin Azman, Timbalan Yang Dipertua,  Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM)   telah pulang ke Malaysia  pada 13 Januari 2011 yang lalu kerana mengalami masalah kesihatan.

Beliau kini ditahan di wad Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang  untuk menjalani rawatan kerana menghidap penyakit radang buah pinggang. 

Untuk makluman, segala tugas-tugas beliau akan diambil alih sementara  oleh saudara Mohamad Sarkawi Bin Mohmad Salleh  Yang Dipertua BKPPPM 2011/2012 sehingga makluman pemangkuan rasmi dikeluarkan.

Pihak kepimpinan  BKPPPM serta ahli  sentiasa mendoakan  agar beliau cepat sembuh serta dimudahkan Allah dalam semua urusan.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Post a Comment