Ucap Takziah BKPPPM Kepada Seluruh Warga KPIPM

Inna Lillahi wa Inna ilaihi Rojiunn...Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitulah yang berlaku kepada seorang pemikir dan aktivis Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) khususnya dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) umumnya, Allahyarham Fareez Izhar bin Zainuddin. Beliau merupakan aktivis dan pemikir yang sangat setia dengan gerak kerja gerakan mahasiswa Islam khususnya di Mesir ini.

Kepulangan beliau menghadap Allah Taala merupakan satu langkah baru menuju kehidupan yang lebih abadi. Diharap kepada seluruh ahli KPIPM khususnya kepada sahabat-sahabat seperjuangan Allahyarham tidak berputus asa dan lemah semangat di atas kehilangan permata KPIPM yang sangat berharga ini. Sesungguhnya Allah jua yang lebih menyayangi beliau. Semoga kita semua menuruti jejak langkah Allahyarham yang syahid dalam medan menuntut ilmu dan dalam masa yang sama memperjuangankan Islam dalam kalangan dunia mahasiswa Islam Mesir.

Oleh yang demikian, kami dari Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham kepada seluruh warga KPIPM dan juga kepada ayahanda dan ibuanda Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada' dan kalian semua tenang dan sabar menempuhi ujian Allah Yang Maha Berat ini.

Allahyarham Fareez Izhar bin Zainuddin dalam kenangan. Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963