Tazkirah Fikrah - YDP Perak

KAHERAH, 19 NOV - Kelmarin sekali lagi Tazkirah Fikrah berjaya dilaksanakan. Pentazkirah jemputan pada kali ini merupakan Yang di Pertua Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) iaitu Ustaz Mohammad Omar bin Adam. Tazkirah bermula selepas selesai solat Maghrib berjemaah dan berakhir ketika masuk waktu Isya'. Banyak perkara yang telah disentuh antaranya halangan-halangan bagi seorang pendakwah, kehidupan mahasiswa dan banyak lagi.

Kehadiran ahli sungguh memberangsangkan, ini menunjukkan mahasiswa dan mahasiswi Pulau Pinang cintakan ilmu dan bermotivasi hatta sedar akan hakikat pentingnya ilmu dalam mencorak peribadi seorang mahasiswa Islam yang tulen. Semoga seluruh ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) tidak melepaskan peluang yang terhidang yang telah disusun oleh Biro dan Unit Dakwah BKPPPM untuk dijadikan sebagai pembakar semangat dan pelengkap bagi jiwa-jiwa yang dahagakan ilmu Allah.

"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL