Media Elektronik Medium Dakwah Interaktif
Memang
tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media
telah dihasilkan. Manusia sekarang tidak hairan dengan kecanggihan yang
wujud sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah
mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini. Media-media inilah yang
berperanan untuk menyebarluaskan maklumat terkini.
Penciptaan
media cetak dianggap suatu fenomena hidup bagi manusia pada kurun ke-19
dan ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan senjata yang boleh
digunakan untuk keamanan ataupun kemusnahan.
Bahkan
Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan bahawa jika
meriam memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan
organisasi sosial medan.
Media
elektronik merujuk kepada alat sebaran yang menggunakan teknologi
elektronik atau elektromekanik untuk dicapai pengguna seperti radio,
televisyen, konsol permainan, komputer, telefon dan lain-lain. Media
elektronik berlawanan dengan media cetak.
Kesempatan ini, pihak Unit Biah Solehah PMRAM
sesi 2011 ini mengajak semua mahasiswa/wi Malaysia yang berada di bumi
Anbiya’ untuk memanfaatkan media elektronik iaitu salah satu objektif
atau pembawakan UBS PMRAM pada kali ini. Supaya suasana Islamik masih boleh diteruskan walaupun dengan penggunaan media elektronik sahaja.
Mungkin
pada peringkat awal, kita melihat kemudharatan penggunaan media
elektronik itu lebih banyak daripada kebaikannya. Dan sebaliknya,
penggunaan media elektronik banyak faedahnya seperti cepat untuk
menyampaikan sesuatu maklumat. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai
medium dakwah yang lebih interaktif.
Pada
masa kini, facebook dan blog merupakan pendekatan terkini untuk
menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat. Sebahagian masyarakat
lebih senang dengan pendekatan seperti ini kerana tidak perlu bersua
muka dan menjimat masa. Sekiranya ada persoalan, terus rujuk individu
yang pakar tentang agama seperti AF Ustaz Azhar Idrus dan sebagainya.
Selain
daripada itu, ia boleh menghubungkan dua belah pihak yang jauh dan
sebagai contoh seorang anak yang melanjutkan pengajian di Bumi Mesir
berhubung ahli keluarga di Malaysia. Dengan ada alat perhubungan seperti
telefon, internet dan sebagainya, maka jalinan hubungan tersebut masih
boleh diteruskan walaupun jauh di perantauan.
Secara
kesimpulannya, memang benar kesemua jenis media ini berperanan untuk
menyebarluaskan maklumat, untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita
serta membantu dalam tugas dan kegiatan sehari-hari.
Dengan
menggunakan alat media kita akan mengetahui apa sahaja
maklumat-maklumat yang tidak kita ketahui sebelumnya. Di samping itu
juga media berpengaruh kuat dalam menggugat keimanan seseorang jika
disalahgunakan media tersebut. Firman Allah Taala dalam surah Al-Imran:
104 yang bermaksud:
“Hendaklah
ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan
menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar,
merekaitulahorang-orang yang beruntung.”
Oleh
yang demikian, masyarakat memahami betapa kuatnya peranan media untuk
mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan.
Kepercayaan yang wujud pada diri manusia datang dari apa yang disimpan
dalam minda mereka.
Dalam
dunia sejagat sekarang, kuasa besar seperti Amerika tidak menjajah
secara fizikal tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka
seperti media cetak, visual, audio, filem dan internet untuk menjajah
kepada minda negara-negara yang disasarkan.
Demikian
juga halnya maklumat yang diisi dan dimuatkan dalam komputer dan
alat-alat perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang memerlukan
kepada penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Oleh
itu Allah SWT awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana
firman-Nya dalam Surah Al-Hujuraat:6 yang bermaksud:
"Wahai
orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasakh
membawa sesuatu berita, maka selidikilahuntuk menentukan kebenarannya
supaya kamutidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak
diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
Sumber : Unit Biah Solehah
Comments