AUSTRALIA PAPARKAN IKLAN FILEM PERTAMA TENTANG ISLAM


Sebuah stesen televisyen utama ditawarkan iklan filem pendek pertama di Austrlia bertujuan untuk membetulkan salah faham mengenai Islam di Barat. Filem pendek itu juga memperkenalkan nilai dan makna mulia yang boleh dinikmati dalam agama ini.

Iklan filem tersebut dihasilkan oleh (My Pace) Islam, dan diarahkan oleh seorang pengarah muda, Kamal Saleh Khader bersama pengarah pilihan penerbit dan sekumpulan pembikin filem profesional di Australia.

Akhbar "Riyadh" melaporkan dari pengasas (My Pace), Zia Mohammed yang baru memeluk Islam: Matlamat iklan filem tersebut adalah membetulkan salah faham tentang Islam di media Australia mahupun media seluruh dunia.

Tegas beliau, iklan filem yang disiarkan pada waktu pagi dan petang merupakan satu peluang bagi firma mereka untuk menyampaikan mesej mengenai kesederhanaan dan toleransi yang boleh dinikmati dalam Islam.

Iklan filem pendek berdurasi 30 saat itu menggambarkan makna kemanusiaan yang murni, datang dari kitab Al-Quran dan sangat dekat dengan penonton yang melihatnya.

Sumber : We Care for Islam

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963