Tadhamun Asia Tenggara Terus Perkukuh Jalinan

KAHERAH, 30 Sept - Tadhamun Asia Tenggara yang terdiri daripada 7 persatuan induk bagi setiap negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Kemboja dan Filipina terus memperkukuhkan jalinan ikatan dalam agenda kebajikan.

Satu perbincangan telah diadakan di pejabat PMRAM semalam sekitar jam 4.30 petang tadi bagi membincangkan permasalahan di peringkat masing-masing dan kerjasama yang boleh dilaksanakan.

Perbincangan tersebut diketuai oleh PMRAM yang dihadiri oleh Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman, Timbalan Presiden, Saudara Abdul Aziz Ali dan Setiausaha Agung, Saudara Firdauz Noh.

Perbincangan tersebut merupakan perbincangan kali ke-2 selepas sesi baru bagi Tadhamun Asia Tenggara bermula bulan Julai yang lalu.

Tujuan utama perbincangan kali ini dilakukan adalah untuk mengenali Presiden baru bagi persatuan yang baru melangsungkan mesyuarat agung di peringkat masing-masing.
Selain itu, kerjasama di antara negara-negara Asia Tenggara terus dibincangkan bagi memperkasakan hubungan.

Perbincangan kali ini bersetuju untuk terus memantapkan kerjasama semua pihak dalam segenap aspek samada sudut sukan, tetamu VIP, akademik dan sebagainya.Bahkan selain itu, isu berkenaan Somalia turut dibincangkan bersama.

"PMRAM terus maju kehadapan apabila diberikan kepercayaan oleh anggota mesyuarat Tadhamun Asia Tenggara untuk menerajui Tadhamun Asia Tenggara bagi sesi 2011/2012. PMRAM akan memastikan peluang yang ada ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk manfaat semua mahasiswa tidak kira samada dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan negara-negara Asia Tenggara yang lain," ujar Presiden PMRAM (Perhimpunan Kebajikan Mahasiswa Singapura di Mesir).

"Kita bersetuju untuk terus memperkasakan hubungan dan kerjasama antara semua pihak. Diharapkan Tadhamun Asia Tenggara menjadi medium terbaik untuk semua mahasiswa di Asia Tenggera," tambah Presiden PPMI yang baru, Saudara Abu Nasar.

"Hubungan antara mahasiswa di Asia Tenggara sudah lama terjalin dan kita mewarisi ikatan hubungan tersebut. PERKEMAS sentiasa bersama-sama dalam ikatan ini demi manfaat semua pihak," jelas Presiden PERKEMAS, Saudara Hilmi

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963