Pekeliling Keselamatan Terkini

KAHERAH, 10 Okt - Makluman kepada seluruh mahasiswa Mesir agar berhati-hati dengan meningkatkan tahap keselamatan masing-masing.

Jika
berlaku sebarang masalah boleh terus menghubungi Presiden PMRAM ditalian : +20111-377-1841 ataupun melalui Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri dan Pengerusi Cawangan masing-masing.

Berikut
adalah Pekeliling Keselamatan oleh PMRAM :
- Pastikan visa hidup
- Keluar rumah bawa bersama passport dan kad PMRAM ( bagi ahli PMRAM )
- Naik kenderaan pastikan ada lesen memandu dan kereta
- Tidak terlibat dengan sebarang demontrasi
- Tidak menghampiri sekitar kawasan yang terlibat dengan demontrasi terutamanya Tahrir
- Tidak keluar rumah selepas jam 12 tengah malam sehingga jam 7 pagi.
- Tidak memberikan sebarang dokuman penting kepada warganegara asing dan rakyat tempatan

Sebarang
berita yang berlaku akan dimaklumkan melalui laman rasmi PMRAM dari masa ke semasa.

" Diharapkan agar mahasiswa Mesir dapat memberi kerjasama dengan mematuhi perkeliling yang dikeluarkan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini" pesanan Presiden PMRAM saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman kepada seluruh mahasiswa Mesir.

http://www.pmram.org/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=1867:perkeliling-keselamatan-terkini-&catid=54:berita&Itemid=411

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL