KOLOKIUM ILMUAN (Q) SIRI KE-5 : Medium Pembinaan Generasi

KAHERAH, 14 Okt - Bertempat di Solah Kamil,Haiyyu Sadis mencatat sejarah penuh bermakna apabila Kolokium Ilmuan (Q) siri ke-5, siri graduasi telah menutup tirainya. Seramai 374 pelajar yang terdiri daripada 175 pelajar lelaki dan 199 pelajar perempuan telah berjaya digraduasikan pada malam penutup Kolokium Ilmuan (Q) siri ke-5, siri terakhir pada hari Sabtu yang lalu.

Kolokium Ilmuan (Q) sebenarnya disusun dan dilaksanakan atas matlamat dan dasar memberikan kefahaman yang syumul tentang Islam, memberikan kesedaran dan kepentingan akan persediaan yang jitu sebagai seorang da’ie, melahirkan pendokong-pendokong yang memahami dan bekerja untuk Islam melalui wasilah organisasi dan persatuan, menanamkan semangat “Satu Fikrah Satu Amal” dan menyemaikan rasa cintakan PMRAM sebagai wadah gerakan Islam di Mesir.

Program yang bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 8.30 malam telah diisi penuh dengan pelbagai pengisian.

Di antara pengisian yang terdapat di dalam (Q) kali ini ialah forum yang bertajuk “Pemuda dan Kebangkitan Islam, Dimanakah Anda?” yang menampilkan panel Mantan Presiden PMRAM 2008, saudara Hairul Nizam bin Mat Husin dan Presiden PMRAM 2011,saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman.

Antara lain, latihan dibawah tajuk “Kesatuan Mahasiswa Islam” yang diketuai oleh saudara Mohd Mujahid bin Ir Fadzil bersama-sama saudari Huzaifah bt Hasan dan saudari Hurriyyah bt Abdul Mokti.

Para graduasi juga turut dibentangkan pendiskusian kitab “Maza Ya’ni” oleh Mantan Presiden PMRAM 2010,Ustaz Shahrizan bin Hazime dan siri (Q) kali ini lebih bermakna apabila Dr.Zakaria bin Abd Majid An-Nooti, Amid Kuliah Ulum Islami sudi memberikan kata-kata peransang dan motivasi kecemerlangan kepada para graduasi.

Siri (Q) kali ini juga lebih meriah dengan kehadiran seluruh kepimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan ucapan akhir Presiden PMRAM 2011, saudara Muhammad Zuhaili bin Saiman menjadi simbolik penutup kepada Kolokium Ilmuan (Q) siri ke-5,siri graduasi untuk sesi 2011 ini.

Melihat kepada semangat,kefahaman dan kesungguhan para graduasi sepanjang (Q) siri ke-5 berlangsung, setiap lontaran pendapat dan percambahan idea serta perkongsian ilmu dapat disimpulkan sebagai terkesan dengan setiap apa-apa yang dicorakkan melalui (Q) bermula dari siri pertama sehinggalah siri ke-5 ini.

Oleh itu, PMRAM menyeru kepada seluruh graduasi (Q) baru-baru ini agar sentiasa memperkemaskan diri dan dalam masa yang sama memanfaatkan kembali setiap yang diperolehi sepanjang siri-siri (Q) yang lepas untuk memartabatkan Islam baik di sudut amal fardi’,amal jam’ie dan amal itjima’ie.

Sumber : http://www.pmram.org

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL