Al-Azhar Conference Center (ACC) : 'Hadiah' Untuk Graduan Dan Mahasiswa Cemerlang

KAHERAH, 19 Okt - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyifatkan penggunaan Al-Azhar Conference Center (ACC) sempena Majlis Apresiasi merupakan hadiah istimewa kepada graduan dan mahasiswa cemerlang.

Majlis Apresiasi yang berprestij ini menunjukkan bahawa PMRAM optimis dalam meraikan kejayaan mahasiswa/wi Islam dalam pengajian yang diambil, bertepatan dengan subtajuk ucapan dasar Presiden yang berbunyi "Kecermelangan Akademik Sebagai Senjata Utama".

Setakat ini penyertaan bagi graduan dan mahasiswa cemerlang dibuka sehingga 24 Oktober dan tempat adalah terhad sekitar 400 sehingga 500 penyertaan sahaja.
Majlis Apresiasi pada tahun ini meraikan kejayaan graduan bermula sesi 2009 sehingga 2011.
Bahkan, PMRAM juga akan meraikan graduan Dar Ifta'.
Ini adalah pembaharuan yang dilakukan oleh pihak PMRAM apabila melihat ramai mahasiswa Islam Malaysia yang menyambung pengajian di Dar Ifta'.
"PMRAM berusaha memberikan yang terbaik kepada mahasiswa/wi Islam. PMRAM menghargai dan memberikan penghormatan kepada mereka yang berjaya dalam pengajian," ujar Presiden PMRAM.

"Al-Azhar Conference Center (ACC) merupakan hadiah teristimewa buat mereka yang berjaya dalam pengajian dan sudah pasti ACC memberikan nostalgia terindah dalam kehidupan mereka," jelas Presiden PMRAM.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL