Pengesahan Sijil : PMRAM Tidak Bersetuju Cara En Khairi Jalalludin

KAHERAH, 11 Sept - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman bersama-sama dengan Naib Presiden II, Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Sapien telah pergi berjumpa En Khairi Jalalludin di ARMA pada jam 10.20 pagi tadi.
Perjumpaan tersebut adalah bagi mendapatkan penjelasan daripada En Khairi Jalalludin berkaitan aduan mahasiswa/wi mengenai ketetapan mendaftar Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan.
Hasil daripada perjumpaan tersebut, PMRAM memaklumkan bahawa ketetapan mendaftar Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan merupakan cadangan di peringkat En Khairi Jalalludin sahaja, bukannya ketetapan daripada pihak EME.
Justeru, PMRAM menegaskan kepada En Khairi Jalalludin bahawa PMRAM tidak bersetuju dengan cara En Khairi Jalalludin kerana ini seakan-akan mewajibkan Konvokesyen EME sedangkan di peringkat Malaysia, konvokesyen merupakan pilihan bagi mahasiswa/wi, bukannya paksaan.
"PMRAM mempersoalkan tindakan En Khairi Jalalludin yang membuat ketetapan tersebut sebelum melalui perbincangan pihak EME. Hal ini jelas menunjukkan sikap beliau yang tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pegawai," tegas Saudara MOhd Solehuddin bin Sapien Naib Presiden II.
"Kita membawa suara mahasiswa mengenai aduan yang diterima. Kita juga menyatakan di hadapan beliau (En Khairi Jalalludin) bahawa PMRAM tidak bersetuju dengan cara yang digunakan oleh beliau," tambah Presiden PMRAM.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL