RAUDHAH '11 - Iftor Taakhi BKAWM & BKPPPM Menjana Kesatuan Kukuh



KAHERAH, 11 OgosBadan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah mengadakan Iftor Taakhi hasil sumbangan dari Markaz Lisanul Arab yang telah disampaikan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Majlis tersebut berlangsung di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir (ARWP). Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Saudara Mohamad Hilmi bin Md. Yusof, Yang Dipertua BKPPPM, Saudara Ahmad Daniel bin Mohamad Hassan, BP Angkat Pulau Pinang, Saudara Ahmad Baihaki bin Rasyid, BP Angkat Wilayah.
Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan daripada YDP BKAWM, Saudara Adlly. " BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih kepada BKPPPM kerana memberi pertolongan kepada BKAWM ketika mana BKAWM dilanda krisis air baru-baru ini, " ujar beliau.
Seterusnya ucapan daripada YDP BKPPPM, Saudara Mohamad Hilmi. Beliau berkata " BKPPPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada BKAWM atas kerjasama dalam menjayakan Iftor Taakhi ini dari segi tenaga kerja dan tempat program ".
Program Iftor Taakhi ini telah dirasmikan oleh BP Angkat BKAWM, Saudara Ahmad Baihaiqi yang juga Bendahari Kehormat PMRAM.
Sebelum mengakhiri program tersebut, sedikit pengisian tazkirah telah disampaikan oleh BP Angkat BKPPPM, Saudara Ahmad Daniel. Beliau berkata, " Ukhuwah beginilah yang ingin kita terapkan dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi dalam kalangan taakhi sendiri susah dan senang tetap bersama bukan ukhuwah geli-geli yang hanya pada nama sahaja, ".
Program tersebut berakhir dengan majlis penyampaian cenderahati kepada BP Angkat BKAWM dan BKPPPM serta tayangan video Mashi-Mashi Shuf To'am (Jalan-jalan cari makan) edisi Ramadhan.
Turut hadir pada program iftor tersebut ialah HEWI Angkat BKAWM, Siti Sarah, HEWI Angkat BKPPPM, Kamilah Che Razali serta saf kepimpinan BKAWM dan BKPPPM.
Sehubungan dengan itu, pihak pelaksana RAUDHAH '11 mengucapkan jutaan terima kasih kepada BKAWM dan BKPPPM dalam menjayakan program ini.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL