UMMU HAKIM BINTU HARITH R.A


Mukminah, Isteri Ikrimah bin Abi Jahal, Mujahidah, Wanita yang Membawa Kebenaran.
Latarbelakang :
Ummu Hakim merupakan wanita yang terkenal dengan kemuliaan dan disegani di kalangan kaum Quraisy.
Bapanya: Al-Harith Bin Hisham Bin Mughiroh ( orang-orang dari Bani Makhzum) , bapa Abdul Rahman, saudara lelaki Abi Jahal, memeluk Islam pada hari pembukaan Mekah, merupakan antara orang terhormat yang dimuliakan , disegani dan disayangi di kalangan ahli Mekah, Rasulullah S.A.W memikat hatinya dengan menghadiahkannya 100 ekor unta daripada harta rampasan perang Hunain dan disebabkan demikian maka makin bertambah elok Islamnya, membuatkannya keluar dari Mekah untuk berjihad di Syam.Tetapi ahli Mekah mengekorinya dan menangisi perpisahannya kerana Harith ialah seorang yang sangat disayangi ahli Mekah, dan akhirnya beliau meninggal di tou’n.
Ibunya: Fatimah binti Al-Walid Bin Al-Mughiroh ( wanita dari Bani Makhzum), saudara perempuan Khalid Bin Al-Walid, memeluk Islam pada hari pembukaan Mekah.Beliau pernah meriwayatkan satu hadith daripada Nabi Muhammad S.A.W, keluar ke Syam bersama suaminya Harith Bin Hisham r.a,dan melahirkan dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Harith Bin Hisham r.a iaitu Abdul Rahman dan Ummu Hakim.
Suaminya: I’krimah Bin Abi Jahal Bin Hisham (Bani Makhzum)(Bani Quraisy), Bapa Othman, merupakan ketua pada zaman Jahiliyah, beliau memeluk Islam pada hari pembukaan Mekah dan makin bertambah elok keislamannya sehinggakan Rasulullah bersabda :
Beliau keluar ke Syam sebagai mujahid, maka dengan itu beliau layak menerima pujian dalam Islam.Akhirnya beliau syahid di Ajnadain - ada pendapat yang berkata di Yarmurk- Tahun 13H.
Bapa saudara sebelah ibu beliau ialah: “Saifullah” Khalid Bin Al-Walid
Harith bersama isterinya Fatimah, dan I’krimah bersama isterinya Ummu Hakim, dan Khalid Bin Al-Walid bersama sekumpulan daripada tentera berkuda Quraisy merupakan golongan yang sangat kuat menolak dan menentang muslimin dan mensyirikkan Islam sehingga Rasulullah S.A.W menghalalkan darah 9 orang ketua-ketua penjahat perang, dan diperintahkan membunuh mereka,dan antara mereka adalah suami Ummu Hakim iaitu I’krimah Bin Abi Jahal.
Keislaman Ummu Hakim dan kemuliaannya
Bilamana Rasulullah S.A.W membuka Mekah maka turunnya rahmat ALLAH yang meliputi kebenaran (hak) yang mengatasi lawan (batil), antara orang mukmin dan kafir, dan membawa kemakmuran seumpama bumi yang subur berkat daripada turunnya hujan.
Dan turunnya keampunan ALLAH SWT membawa ketenteraman pada hati yang keras, yang mana sebelumnya penuh dengan permusuhan, tetapi Ummu Hakim seolah-olah terjaga daripada tidurnya dan bangun, diumpamakan seolah-olah tangannya berusaha menggapai sesuatu dan hampir ditenggelami oleh ombak besar,
Inilah keampunan ALLAH buat Ummu Hakim dan kemudian Ummu Hakim pergi bertemu Rasulullah S.A.W, dan mengisytiharkan keislamannya dan seterusnya diikuti oleh wanita-wanita lain untuk bersama dengannya. Mereka adalah ibunya Fatimah binti Al-Walid dan Hindun binti U’thbah, ??????? binti Al-Walid isteri kepada Safuan bin Umaiyah.
Semenjak Ummu Hakim memeluk Islam, Ummu Hakim telah mendapat kedudukan terhormat dan mendapat pengiktirafan daripada Baginda Rasulullah S.A.W. Kemuliaan kedudukannya telah membezakan Ummu Hakim dengan wanita-wanita lain.
Kebenaran Ummu Hakim
Disebabkan Ummu Hakim memeluk Islam, suaminya I’krimah telah melarikan diri ke Yaman. Ummu Hakim bertemu Rasulullah S.A.W untuk meminta keamanan pada dirinya dan suaminya (I’krimah adalah salah seorang yang diperintahkan oleh Baginda supaya dibunuh). Kemudian beliau meminta izin kepada Baginda untuk berhijrah ke Yaman. Ketika bertemu dengan suaminya, Ummu Hakim memberitahu suaminya bahawa Rasulullah S.A.W telah memberi keamanan kepadanya.
Sewaktu I’krimah meminta untuk bersama dengan isterinya (Ummu Hakim), Ummu Hakim telah menolak dan bertegas dengan suaminya bahawa dirinya seorang muslimah dan I’krimah masih dalam kekafiran. Apabila mendengar kata-kata daripada isterinya, I’krimah memahami bahawa ini adalah satu larangan yang sangat besar pada dirinya. Lalu I’krimah meminta kepastian daripada Baginda tentang perkhabaran isterinya bahawa Baginda telah mengamankannya.
Maka sabda Baginda S.A.W: “ Benarlah apa yang isterimu khabarkan, maka kamu telah aman”. Maka dengan itu I’krimah pun mengucap dua kalimah Syahadah. Kemudian Baginda menikahkan semula keduanya dengan ikatan yang sah.
Jihad dan keberanian Ummu Hakim
Ummu Hakim bersama suaminya I’krimah r.a keluar ke Syam untuk berperang. Dan di Yarmurk berlaku pembunuhan yang sangat dasyat, Ummu Hakim sendiri telah membunuh wanita kaum Quraisy dengan pedang. Ummu Hakim bagaikan pahlawan sehingga kepahlawanannya mendahului golongan lelaki. Sewaktu dalam peperangan ini juga I’krimah telah syahid dan terangkatlah ganjaran untuknya daripada ALLAH SWT. Selepas tamat idah beliau selama 4 bulan 10 hari, Ummu Hakim berkahwin pula dengan Khalid bin Said bin Al-A’sh.
Kemudian Khalid pula syahid sewaktu beliau berjihad di Rom. Kematian kedua suaminya memberikan kesan pada diri Ummu Hakim, kesan yang menzahirkan keberaniannya dan bukannya bersifat lemah untuk menghadapi tentera Rom. Ummu Hakim berjaya membunuh seramai 7 orang tentera Rom pada waktu itu.
Selepas itu, Ummu Hakim berkahwin dengan Umar bin Al-Khatab r.a, dan melahirkan Fatimah binti Umar, Fatimah dikahwinkan dengan sepupunya Zain bin Al-Khatab.
Dikhabarkan Ummu Hakim r.a meninggal dunia sewaktu suaminya Umar r.a dilantik menjadi khalifah. Ummu Hakim wafat pada tahun 14H dan Ummu Hakim tergolong di dalam golongan yang dimasukkan ke dalam Syurga.
Sumber: http://www.ubs-pmram.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963