Penangguhan Madrasah Imam Syafie

KAHERAH, 2 Dis - Madrasah Imam Syafie telah menangguhkan pengajian mingguan pada hari Khamis dengan pembacaan kitab Fiqh As-Sirah oleh saudara Abdul Aziz bin Ali.

Pembacaan ini berlangsung di Rumah Terengganu seawal jam 6.30 pagi dengan dihadiri oleh ahli yang berada di sekitar Hayyu 'Asyir dan Hayyu Sabie'.

Penangguhan ini adalah kerana pihak PMRAM menggalakkan kepada semua ahli untuk meningkatkan tumpuan mereka kepada peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kelas mingguan Madrasah Imam Syafie akan disambung semula selepas berakhirnya peperiksaan semester pertama bagi mahasiswa/wi pada awal tahun hadapan.

Segala makluman berkenaan dengan jadual dan perjalanan kelas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL