Jenazah Almarhumah Adik Sofiyatul Ulya Selamat Dikebumikan



KAHERAH, 10 Dis - Jenazah Adik Sofiyatul Ulya hari ini telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Malaysia Haiyu Asyir. Jenazah yang selamat tiba dari Tanta jam 9.15 pagi dibawa ke dataran Haiyu Asyir untuk disolatkan kali terakhir sebelum disemadikan. Solat jenazah diimamkan sendiri oleh Tuan Presiden PMRAM Saudara Shahrizan Mohd Hazime selepas tahlil ringkas dijalankan.

Almarhumah Adik Sofiyatul Ulya sebelum disahkan meninggal telah bertarung nyawa hampir sebulan untuk menerima rawatan di Hospital Tanta di bawah kawalan unit rawatan rapi (ICU) kerana disahkan mengidap penyakit Pneumonia (jangkitan pada peparu).

Semasa kelahiran, almarhumah mengalami komplikasi pada saluran pemakanan, pernafasan dan pembuangan najis. Pembedahan telah dijalankan bagi mengatasi komplikasi saluran pemakanan dan pernafasannya.

Seluruh pimpinan PMRAM Pusat mengucapkan takziah kepada Saudar Mohd Faizol dan Saudari Siti Anisah atas pemergian anak mereka. Semoga waris almarhumah tabah dan tenang menghadapi ujian ini.
Sumber:http://pmram.org

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL