Ucapan Takziah Kepada Saudari Salwa Dan Keluarga


KAHERAH, 15 November - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir dikejutkan sekali lagi dengan berita menyayat hati iaitu kematian ibu kepada salah seorang ahli BKPPPM iaitu Ustazah Salwa binti Abdullah yang dikhabarkan meninggal jam 5.00 petang waktu Malaysia .Serangan sakit buah pinggang dan paru-paru berair merupakan penyebab arwah ibunya tidak sedarkan diri hampir 5 bulan lamanya. Jenazah dijangka akan dikebumikan pada keesokan harinya jam 10.00 pagi waktu Malaysia.

Demi menunjukkan rasa simpati , BKPPPM telah mengadakan Bacaan Yasin dan Tahlil buat Almarhumah ibunda beliau yang berlangsung selepas solat Isyak pada malam Raya Aidil Adha yang bertempat di Dewan Soleh Al-Masri BKPPPM.Ucapan takziah untuk beliau dan keluarga .Semoga roh ibu beliau berada bersama Para Solihin.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL