Tentera zionis parah akibat 'tembakan tepat'

GAZA - KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) telah mengumumkan pihaknya menembak tepat seorang tentera zionis berdekatan pintu gerbang 'Kissufim', selatan Semenanjung Gaza pagi khamis.

ABU ALI dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, "unit penembak tepat dari pejuang kami berjaya mensasarkan sekumpulan tentera rejim zionis secara langsung dan mengakibatkan salah seorang dari mereka parah."

Sebagaimana yang dijelaskan, tentera zionis yang ditembak rebah ke tanah. Berikutan itu, helikopter zionis jenis 'Apache' tiba di lokasi berkenaan.

ABU ALI turut menyatakan, pertempuran sengit telah meletus antara pejuangnya dengan tentera zionis. Lalu, helikopter dan artileri zionis kelihatan dikejarkan ke kawasan tersebut.

Kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA menegaskan bahawa operasi 'tembak tepat' hanya tindak balas sebagaimana biasa ke atas jenayah yang dilakukan penjajah ke atas penduduk Palestin. Tambahan lagi, tentangan ke atas penjajah tetap berterusan.

Sumber 11/11/2010, web berita safa.ps

Dipetik dari : PMRAM - Map 2 Street

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL