Takziah kepada saudara Khairi Bin Jubir


Kaherah, 1 November - BKPPPM mengucapkan takziah kepada saudara Khairi Bin Jubir diatas pemergian ayah beliau ke rahmatullah baru-baru ini. Menurut sumber yang dipercayai, pemergian ayah beliau disebabkan oleh kanser tiroid yang dihadapi oleh allahyarham setelah sekian lama.

Untuk pengetahun bersama, saudara Khairi Bin Jubir merupakan ahli BKPPPM yang kini menuntut di Kuliah Usuluddin,Al-Azhar Cawangan Zaqazik dan beliau juga merupakan anak yang kedua daripada tiga orang adik beradik .

Pihak BKPPPM mendoakan semoga arwah ayahanda beliau ditempatkan bersama para solihin & para anbiyak di syurga Allah. Pihak BKPPPM juga mengharapkan saudara Khairi Bin Jubir tabah dan sabar dengan takdir yang telah ditentukan oleh allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963