PMRAM Ucap Tahniah Pada Kerajaan Negeri Kedah Atas Saluran Bantuan 2 Juta Untuk Mangsa Banjir


KAHERAH, 14 Nov - Banjir yang berlaku di negeri Kedah pada tahun ini merupakan banjir yang terbesar dan telah mendapat perhatian daripada seluruh pihak terutamanya Kerajaan Negeri Kedah sendiri.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan takziah di atas bencana yang menimpa rakyat di negeri Kedah. PMRAM juga mengucap tahniah buat kerajaan negeri di atas sumbangan 2 juta yang disalurkan kepada mangsa banjir. PMRAM sehingga kini tidak terlepas pandang dalam mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku di Malaysia.

Sumbangan 2 juta yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu sedikit sebanyak dapat meringankan mangsa bagi menyediakan segala bentuk keperluan seperti makanan, pakaian dan sebagainya.

PMRAM sebagai sebuah NGO Mesir yang sangat menitikberatkan soal kebajikan mengharapkan kepimpinan Negara terus mengambil berat soal kebajikan rakyat tanpa mengira fahaman agama, pemikiran, bangsa dan politik.

Sumber dari : PMRAM.org

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL