Muzakarah Berkelompok Agenda Kemantapan Fikrah


KAHERAH, 15 November - Muzakarah berkelompok (MB)di bawah pantauan Jabatan Nuqaba' Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) kini berjalan denagn lancar. MB kini di bawah kelolaan Ustaz Mohammad Hafiz bib Abdul Aziz dan timbalannya Ustazah Amal Hayati bt.Hanafi dibantu oleh beberapa naqib dan naqibah yang telah dilantik. Terdapat 5 kumpulan di peringkat ikhwah manakala 4 kumpulan di peringkat akhawat.

MB bermanhaj berjalan seperti biasa sehingga tarikh tawaquf yang telah ditetapkan iaitu 26 November 2010.Selepas tarikh tersebut MB amali sahaja yang akan dijalankan. Setiap kumpulan akan mengadakan MB berdasarkan kreativiti dari setiap naqib dan naqibah masing-masing. Apa yang ditekankan oleh PMRAM sendiri tentang kepentingan Muzakarah ini dalam membentuk pemikiran mahasiswa/wi khususnya buat ahli PMRAM di Mesir ini.Semoga dengan usaha yang kita lakukan ini dapat menambah thaqafah dan mengeratkan ukhuwah sesama ahli BKPPPM khususnya. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL