Majlis Walimatul Urus Meriahkan Lagi Sambutan Aidil Adha 1431H


KAHERAH,17 Nov 2010 - Sekali lagi BKPPPM memeriahkan suasana Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini dengan mengadakan Majlis Walimatul 'urus di peringkat Bkan Pulau Pinang. Sepasang mempelai iaitu Ustaz Anuar dan Ustazah Solehah telah diraikan pada hari tersebut dengan kehadiran jemputan daripada pelbagai negeri. Majlis yang meriah ini juga turut dihadiri oleh Presiden PMRAM Ustaz Sharizan Mohamad Hazime,Timbalan Pengerusi Hewi PMRAM Ustazah Nor Hafiza Abd.Wahab,dan wakil daripada setiap kepimpinan Bkan anak-anak negeri di Mesir.

Majlis bermula pada jam 12.00 tengahari dimeriahkan dengan kehadiran pelajar Pengajian Islam dan Perubatan Kaherah mahupun cawangan. Menu utama iaitu masak kurma daging unta yang dikorbankan sempena Aidiladha menjadi hidangan para tetamu pada hari ini.Sesi fotografi bersama pengantin dan putaran lagu oleh pengacara majlis turut menjadi tarikan utama tetamu yang hadir.

"Hari raya Aidiladha adalah berkonsepkan sifat berkorban yang perlu ditanam dalam jiwa setiap umat Islam, manakala intipati bagi awal muharram pula adalah kesatuan umat islam. Hal ni dibuktikan lagi dengan kebangkitan Islam di zaman Rasulullah SAW. Pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seseorang mestilah disertai dengan keikhlasan sehingga ia mampu mengenepikan agenda peribadi apabila bertembung dengan agenda kesatuan ummah,"jelas Ustaz Shahrizan dalam ucapannya.

"Oleh itu, sifat berkorban perlulah hadir dalam diri setiap pasangan yang baru berkahwin bagi mengekalkan keharmonian rumahtangga,"tambah beliau lagi.

Tidak ketinggalan juga ucapan daripada Ustazah Hafizah buat pasangan pengantin."Permulaan perkahwinan adalah atas dasar kefahaman Islam dan mengikut Sunnah Rasulullah SAW. Tidak timbul persoalan perkahwinan bermula dari pihak lelaki mahupun perempuan, asalkan kita menggunakan saluran yang betul dan mengikut syariat seterusnya membantu meningkatkan pembinaan generasi rabbaniah yang bakal mentadbir dunia".

Majlis berakhir dengan jayanya pada jam 4.30 petang. Pada akhir majlis tersebut YDP dan YDPH BKPPPM sempat melahirkan rasa gembira dan syukur dengan kehadiran satu lagi pasangan mutazawwijin di peringkat Bkan Pulau Pinang. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih daripada kepimpinan BKPPPM kepada semua yang terlibat.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL