Majlis Perutusan Raya Presiden PMRAM Dan Takbir Raya


KAHERAH, 15 November - Majlis Perutusan Raya telah berjalan dengan lancar bermula jam 7.00 malam iaitu selepas solat `isyak. Majlis bermula dengan dengan ucapan aluan oleh saudara Yang Dipertua Muhamad Hilmi Bin Md Yusof.

Dalam ucapan tersebut, Yang Dipertua menerangkan serba sedikit mengenai hukum hakam yang berkaitan dengan Aidil Adha selain mengucapkan terima kasih kepada ahli BKPPPM sama ada perubatan ataupun pengajian Islam yang memasuki korban kali ini.

Selepas selesai ucapan aluan Yang Dipertua, majlis diteruskan dengan ucapan wakil Badan Pengurus Angkat iaitu Timbalan Presiden PMRAM Saudara Mohd Zuhaili Bin Saiman. Beliau membacakan perutusan hari Raya Aidil Adha daripada Presiden PMRAM 2010 serta megulas sedikit isu kandungan perutusan tersebut yang berkaitan isu hisbah dan juga isu semasa terkini iaitu filem yang bakal ditayangkan di Malaysia iaitu “Anu Dalam Botol”.

Selepas selesai membacakan perutusan Raya Presiden PMRAM, majlis diserikan lagi dengan laungan takbir sempena hari raya Aidil Adha oleh beberapa ahli BKPPPM. Selepas selesai takbir, semua yang hadir dihidangkan dengan jamuan makan ringan iaitu "mee sup".

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL