Kesan Bencana Tsunami Dan Gunung Merapi Di Indonesia Merunsingkan


Jakarta 2 Nov2010 - Akibat dari bencana Tsunami dan Gunung Merapi, banyak kemudahan -kemudahan awam ditutup dan disekat pengunaanya. Antara kemudahan yang terpaksa ditangguhkan ialah penerbangan ke Jakarta terpaksa ditangguhkan disebabkan hujan abu yang bertiup ke arah Kota Solo.

Selain itu, kemudahan sumber elektrik dan air terpaksa diberhentikan disebabkan jaringan elektrik di Dusun Kinahrejo terputus. Hal ini disampaikan ketika pembaikan jaringan elektrik oleh petugas PLN di Desa Umbulharjo , Cangkringan,Sleman, Yogyakarta minggu lalu.

Tambahan beliau, hujan abu vulkanik dan pasir pada Sabtu lepas telah menyebabkan banyak kabel yang ditimpa oleh pohon travo di tiang elektrik tersebut menjadi kotor akibat abu dan pasir.

Usaha baik pulih masih dijalankan, namun sekiranya keselamatan tidak terjamin, proses tersebut terpaksa ditangguhkan.

Sumber air juga mengalami kesulitan selepas berlakunya bencana tersebut. Kementerian Kesihatan Wilfried H Purba berkata, bencana ini boleh menyebabkan menularnya banyak penyakit sekiranya tidak diatasi secepatnya. Sehubungan dengan itu, penyediaan air yang bersih sangat penting bagi mengelakkan penyakit merbahaya akan merebak.

Tambahan beliau pula, selain dari air yang bersih keperluan makanan yang berkhasiat juga antara faktor utama bagi menghindari dari penyakit yang merbahaya. Selain itu, Kementeriaan Kesihatan juga terus mengarahkan bantuan tenaga kepada mangsa korban dengan menyumbangkan 4 tan ubat- ubatan, 6 tan MP-ASI, dan beribu-ribu topeng pernafasan akan dibagikan kepada beberapa kawasan.

Pihak Kementerian Kesihatan juga telah menyediakan kemudahan ambulance dan pasukan sukarelawan bagi memastikan dan membantu serta merawat mangsa-mangsa kejadian.


Sumber diperolehi dari : Detik.com

Dipetik dari : PMRAM We Care ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL