Takziah Diucapkan Kepada Saudara Saudara Fizree Bin Abu Bakar


ZAQAZIK, 15 Oktober - Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Barisan AJKT BKPPPM serta seluruh warga BKPPPM mengucapkan takziah kepada Saudara Fizree Bin Abu Bakar (Tahun 3 Usuluddin Syu'bah Tafsir Zaqazik ) dan sekeluarga di atas pemergian ayahanda beliau yang pergi menemui Rab Izzati. Pihak BKPPPM mendoakan semoga arwah ayahanda beliau ditempatkan bersama para solihin & para Anbiyak di syurga Allah.Untuk pengetahuan bersama, saudara Fizree merupakan exco Dewan Perwakilan Mahasiswa Zaqazik bagi tiga sesi bermula sesi 2008 hingga 2011. Beliau merupakan seorang yang aktif dan merupakan aktivis di Zaqazik.

Semoga saudara Fizree bin Abu Bakar tabah dan sabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah serta memberikan semangat kepada beau agar dapat menempuhi ujian ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963