Jaulah ke Iskandariah




KAHERAH , 14 oktober – Unit Sambutan Dan Rehlah, Badan Kebajikan Pelajar Pinang Mesir (BKPPPM ) telah mengadakan jaulah ke Iskandariah. Jaulah ini diadakan pada 11 Oktober 2010, Isnin bagi akhawat dan Khamis 14 Oktober 2010 bagi ikhwah.

Antara objektif utama jaulah ini diadakan adalah untuk memberi sedikit ketenangan dan menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh mahasiswa/wi baru sepanjang persedian Imtihan Qabul yang mengambil masa hampir dua minggu. Jaulah ini juga diserikan lagi dengan penyertaan pelajar-pelajar lama yang turut mengambil kesempatan terhadap jaulah ini.

Banyak tempat yang sempat dilawati sepanjang perjalanan antaranya Zoo Haiwan di Qaryah Asad yang berada di pertengahan jalan menuju ke Iskandariah. Jaulah diteruskan lagi dengan lawatan ke Kubu Sultan Solehuddin Al-Ayubi dan akuarium yang berhampiran dengannya. Perjalanan diteruskan lagi dengan melawat maqam-maqam auliya` dan ulamak. Antara maqam yang sempat dilawati ialah maqam Imam Busairi, Imam Abu-Abbas An Nursi, maqam 12 belas, dan Yaqut Al-Arysi dan sebagainya.selepas selesai melawat maqam , kami menuju ke Maktabah Iskandariah yang merupakan maktabah yang terbesar di Afrika. Jaulah kami berakhir di Muntaza iaitu tempat dimana terletaknya istana Raja Farouq iaitu raja yang terakhir Mesir.

Mudah-mudahan, mahasiswa yang menyertai jaulah ini dapat mengambil pengajaran dan iktibar yang berguna.Pihak BKPPPM mengucapkan jazakumullah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan jaulah ini.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL